18 cedera serangan bom tangan di Jammu

Polis tiba di lokasi kejadian.
Polis tiba di lokasi kejadian.
A
A
A

JAMMU - INDIA. Sekurang-kurangnya 18 orang cedera apabila sebutir bom tangan meletup di sebuah perhentian bas di bandar Jammu di negeri Jammu dan Kashmir hari ini, kata polis.

"Bom tangan itu dipercayai dilempar dari luar premis dan ia jatuh bergolek di bawah bas, menyebabkan 18 orang cedera," kata pegawai polis MK Singa kepada pemberita.

Letupan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan dua seteru nuklear India dan Pakistan.

Pada 14 Februari lalu, 40 anggota separa tentera India terbunuh dalam serangan bunuh diri di wilayah Kashmir yang ditadbir India.

Susulan itu, New Delhi bertindak balas dengan melancarkan serangan udara berhampiran Garisan Kawalan (LoC) di sempadan de facto yang memisahkan Kashmir.

Pertempuran di wilayah bertelingkah Kashmir 27 Februari lalu berakhir dengan kedua-dua pihak mendakwa mereka menembak jet pejuang antara satu sama lain dan seorang juruterbang India ditawan Pakistan.

Beliau kembali ke India Jumaat lalu, melintasi sempadan Wagah dengan berjalan kaki.

Insiden itu meningkatkan kebimbangan ketegangan memuncak antara negara Asia Selatan mungkin meletus kepada perang keempat, dengan kuasa dunia bergegas menggesa kedua pihak bertenang. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!