Raja Muda Selangor berangkat ke Majlis Maulidur Rasul

Tengku Amir (kiri sekali) turut berkenan menyempurnakan pelancaran Buku Pelan Strategik JAIS 2020 - 2024.
Tengku Amir (kiri sekali) turut berkenan menyempurnakan pelancaran Buku Pelan Strategik JAIS 2020 - 2024.
A
A
A

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam.

Tengku Amir diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Azmie Diron.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataannya memaklumkan, ia merupakan Sambutan Maulidur Rasul pasca pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun 2020.

"Sambutan bertemakan Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti ini turut diserikan dengan bacaan berzanji dan selawat kumpulan berzanji Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sambutan diadakan dalam keadaan bersederhana, ringkas dan mengikut SOP.
Sambutan diadakan dalam keadaan bersederhana, ringkas dan mengikut SOP.

"Majlis kemudian disusuli dengan segmen sirah Rasulullah SAW disampaikan Muhamad Abdullah Al-Amin," menurut JAIS dalam kenyataan kepada pemberita selepas berakhirnya majlis tersebut pada Selasa.

Dalam pada itu, Raja Muda Selangor berkenan menyempurnakan pelancaran Buku Pelan Strategik JAIS 2020 - 2024.

"Sambutan diadakan ini biarpun dalam keadaan sederhana, ringkas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal, ia juga diharapkan dapat terus menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W," kata JAIS dalam kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!