Hamzah adakan pertemuan dengan Takiyuddin

Hamzah (kiri) mengadakan pertemuan dengan Takiyuddin, Samsuri dan Mohd Rafiq di Melaka pada Selasa.
Hamzah (kiri) mengadakan pertemuan dengan Takiyuddin, Samsuri dan Mohd Rafiq di Melaka pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pas di Melaka.

Perkara itu dikongsikan oleh Hamzah dalam satu pertemuan di sebuah kedai makan yang dihadiri oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

“Piau betul makan hari ini, lebih-lebih lagi bersama sahabat,” kata Hamzah menerusi hantaran di Facebook beliau pada Selasa yang berkongsikan foto pertemuan tersebut.

Pertemuan itu dipercayai berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung pada 20 November depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin menetapkan 20 November depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 8 November, manakala pengundian awal ialah pada 16 November.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!