Pas perlu jadi parti kuat, kukuh: Abdul Hadi
SHAH ALAM - Pas perlu menjadi sebuah parti yang kukuh dan kuat untuk terus memimpin negara.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kekuatan itu perlu diterjemah melalui tarbiah, rohani, jentera dan pengurusan parti yang tersusun.
"Kita (ahli parti) semua laksana batu bata yang disusun. Ada yang menjadi tangga, lantai, dinding, atap, dan sebagainya. Kalau semua menjadi atap, maka tidak jadilah sebuah bangunan.
"Semuanya mesti disusun di tempat masing-masing dengan ikatan yang teguh antara satu sama lain dan berperanan di tempat masing-masing.
"Ini sangat penting dan mestilah mempunyai kekuatan roh (kepada parti)," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Isnin.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, penekanan untuk menjadikan parti yang diterajuinya itu kukuh dan kuat adalah penting untuk memastikan ia terus kekal relevan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!