Kes Covid-19 di India cecah lebih 34 juta
NEW DELHI - Jumlah kes Covid-19 di India meningkat kepada 34,094,373 pada Selasa, selepas 13,058 lagi kes baharu didaftarkan sejak 24 jam lepas, memetik data terbaru kementerian kesihatan persekutuan.
Jumlah kes baharu itu adalah yang terendah dalam tempoh 231 hari, lapor Agensi Berita Xinhua.
Selain itu, sebanyak 164 korban akibat virus itu dilaporkan sejak Isnin pagi, menjadikan jumlah kematian seramai 452,454.
Sejumlah 33,458,801 kes sembuh dilaporkan dengan yang terbaru seramai 19,470 pesakit dibenarkan keluar hospital. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!