MyTOWNKL perkenal pusat gaya hidup, sosialisasi baharu

Panda Eyes juga membuka cawangannya di MyTOWNKL
Panda Eyes juga membuka cawangannya di MyTOWNKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Beli-belah MyTOWN (MyTOWNKL) yang berkonsepkan pusat gaya hidup baharu dan pusat sosialisasi kini menyambut penyewa jangkar mini baharu seperti Decathlon, Flagship BookXcess, SSFHOME + Flagship, dan Panda Eyes.

Selain itu, dengan projek pembangunan semula, pusat beli belah terkemuka itu mewujudkan MyGROUND yang merupakan ruang menempatkan hampir 20 gerai makanan dan minuman di aras bawah MyTOWNKL.

Pengurus Pusat MyTOWNKL, Mohd Azhan Che Mat berkata, MyGROUND diwujudkan bagi memenuhi konsep pusat sosialisasi, di mana pembeli dan komuniti dapat berkumpul untuk berhubung di antara satu sama lain.

“MyGROUND dijangka akan dilancarkan sebelum akhir 2021. Kita akan sediakan beberapa unit untuk penyewa makanan dan minuman menggunakan model fleksibel dengan kemudahan serta menawarkan kos permulaan yang rendah.

“Memandangkan sekatan makin berkurang, pembeli mula kembali ke MyTOWNKL. Kita sedar, dalam tempoh 20 bulan terakhir, jangkaan pembeli juga telah berubah. Disebabkan itu, kami mencari pendekatan baharu dengan memperkenalkan konsep segar ke pasaran untuk menyokong perniagaan penyewa kami.

“Kami juga gembira dapat memperkenalkan konsep gaya hidup baharu kepada pembeli dan penyewa kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah Komersial Ikano Centers, Arnoud Bakker berkata, walaupun berdepan cabaran sepanjang tahun lalu dan pasaran runcit yang tidak menentu, pihaknya tetap komited untuk terus berkembang.

Artikel Berkaitan:

SSFHOME juga ada di MyTOWNKL.
SSFHOME juga ada di MyTOWNKL.

Jelasnya, mereka mengambil keputusan untuk terus melabur dengan cara yang lestari, agar tetap relevan dengan keperluan pembeli MyTOWNKL yang sentiasa berubah.

“Sebagai tambahan kepada pembangunan semula ini, peruncit barang sukan terbesar di dunia, Decathlon dijangka dibuka pada suku terakhir 2021 sebagai penyewa utama MyGROUND, dengan mengambil lebih dari 25,000 kaki persegi ruang runcit.

“MyTOWNKL juga mengalu-alukan penyewa jangkar mini baharu seperti Flagship BookXcess, SSFHOME + Flagship dan Panda Eyes yang menyertai kami,” jelasnya.

Selain itu, jenama terkenal seperti Mr Toy, Mr Dollar dan Max Fashion juga bersama-sama bergabung membentuk satu keluarga di MyTOWNKL.

“Kami turut bekerjasama dengan Adidas dan Puma untuk memperkenalkan konsep baharu dan kami juga baharu saja menandatangani perjanjian dengan INFINITY8 yang akan membuka lokasi pertama mereka di Lembah Klang.

“Kami bangga dapat menyediakan destinasi sehenti tepat di tengah-tengah pusat bandar untuk rakan dan keluarga. Pasukan kami di MyTOWNKL tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak tawaran baharu yang lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!