Dua empangan Johor di paras kritikal

Terdapat dua empangan air menyusut di tahap kritikal.
Terdapat dua empangan air menyusut di tahap kritikal.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor mengesahkan paras air di semua empangan di negeri ini, mengalami penyusutan susulan keadaan cuaca panas dan kering selain kekurangan taburan hujan.

EXCO Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, bagaimanapun, situasi tersebut belum sampai ke tahap tindakan catuan dilakukan.

"Memang ada tekanan yang besar terhadap bekalan air di Johor. Paras empangan di Johor, buat masa sekarang memang menyusut.

"Tetapi belum sampai satu tahap di mana kita perlu buat apa-apa catuan. Bagaimanapun, kita sentiasa lihat kepada keadaan," katanya kepada pemberita di Kota Iskandar di sini hari ini.

Jimmy berkata, terdapat empat empangan yang diberikan tumpuan khusus atas beberapa sebab iaitu Lebam, Upper Layang, Lok Heng dan Sembrong Barat.

Ditanya mengenai sama ada penyusutan tersebut sudah sampai ke tahap kritikal, katanya, paras tersebut memang sampai ke satu tahap perlu dilakukan sesuatu.

"Kritikal ya. Ada satu dua (empangan) yang memang sudah sampai tahap kritikal. Dan kerajaan juga telah ada 'back up plan', tapi belum sampai tahap catuan," katanya.

Secara keseluruhan, beliau berkata, memang berlaku penyusutan paras air di empangan kerana faktor cuaca panas.

Artikel Berkaitan:

"Tapi untuk tempat-tempat lain yang saya tidak sentuh, maknanya turun tetapi tidak sampai satu tahap yang di mana kita perlu bimbang lagi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!