Maszlee pantau sendiri kerja baiki sekolah daif

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
A
A
A
BINTULU - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi jamian akan memantau usaha penambahbaikan sekolah-sekolah daif di Sarawak bagi memastikan guru dan pelajar mendapat persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang kondusif.

Katanya, beliau secara peribadi akan memantau perkembangan setiap dua minggu untuk melihat kemajuan projek penambahbaikan secara konsisten.

"Saya akan memantau perkembangan sekolah-sekolah daif secara peribadi, secara dwimingguan demi memastikan progres naik taraf akan berlaku secara konsisten," katanya di laman Facebook Kementerian Pendidikan.

Menurut Maszlee, beliau telah melawat dua buah sekolah di sini iaitu Sekolah Kebangsaan Sg Selad dan Sekolah Kebangsaan Sg Setiam semalam.

"Keadaan sekolah dan asrama sangat uzur, tetapi para guru memperlihatkan komitmen yang tinggi untuk berbakti, menjalankan amanah mereka demi pelajar mereka.

"Saya dapat menyaksikan keadaan asrama yang sangat uzur, tetapi tetap dihias dengan baik. Syabas guru, warden dan penyelia asrama. Tiada katil, hanya pangkin dan tilam bantal yang uzur," katanya.

Kata beliau, di Sekolah Kebangsaan Sg Selad, hampir setiap hari kelas ditenggelami air apabila air pasang.

"Saya faham isi hati para guru dan murid-murid kedua-dua sekolah ini. Kerajaan Pusat dan Kementerian Pendidikan akan terus membantu sekolah-sekolah yang daif di Sarawak," katanya.

Pada 6 September lalu, Maszlee yang mengadakan lawatan pertamanya ke sekolah daif di Sarawak komited untuk memastikan masalah itu diselesaikan dalam tempoh lima tahun.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!