Saya tak nak keruhkan keadaan: Haida Hafiz

Haida Hafiz
Haida Hafiz
A
A
A

BERBANDING rakan-rakannya yang di dalam Gegar Vaganza (GV) musim keempat, penyanyi Haida, sedar populariti masih belum menyebelahi dirinya secara total.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Haida mengakui ia berlaku kerana komitmennya yang tidak begitu konsisten dalam bidang seni selepas GV4.

“Saya tenggelam timbul selepas keluar GV4 membuatkan orang mudah lupa, apatah lagi dengan kehadiran ramai bakat-bakat baharu silih berganti.

“Bagaimanapun, saya tenggelam timbul bukan kerana tidak serius dengan kerjaya, tetapi kebetulan selepas tamat perjuangan di GV4, saya banyak meluangkan masa bersama keluarga baharu saya selain ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan.

“Alhamdulillah sekarang semuanya kembali ke trek asal dan saya sudah bersedia untuk kembali aktif menerusi penghasilan single terbaharu ini,” katanya.

Pun begitu, dalam pada Haida memegang prinsip untuk tidak terlibat dengan sebarang kontroversi demi populariti, baru-baru ini dia dikatakan kononnya bermasalah dengan seorang jurusolek terkenal yang sebelum ini begitu rapat dengannya.

“Saya kalau boleh tidak mahu komen tentang perkara ini kerana tak nak mengeruhkan keadaan. Apatah lagi ia sebenarnya hanyalah perkara kecil yang tiada isu pun untuk diperbesarkan.

“Saya sendiri pun tak sangka macan mana orang luar boleh tahu kerana ia hanyalah salah faham kecil antara kami berdua. Biasalah bila dah terlalu rapat, adalah benda-benda yang mungkin berlaku tanpa disengajakan.

Artikel Berkaitan:

“Tapi iyalah, orang luar yang tak tahu apa-apa mereka akan mudah menilai dan fikir bukan-bukan. Bagi saya simple sahaja, kita hidup ni tak boleh nak puaskan hati semua orang. Mungkin bunyinya agak cliche, tapi hakikatnya memang macam itulah,” luah Haida.

Ditanya adakah dia sudah berjumpa dengan individu terbabit untuk menyelesaikan salah faham tersebut, kata Haida dia akan berbuat demikian apabila tiba masanya.

“Saya mengambil pendekatan untuk berdiam diri dahulu kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Biarlah dia ‘sejuk’ dulu dan selepas itu saya akan jumpa dia.

“Insya-ALLAH bila tiba masanya saya akan slow talk dengan dia. Lagipun saya dan dia berkawan baik, takkan nak bermasam muka sebab benda-benda kecil macam ni,” luah Haida.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!