Konon bantu urusan zakat, tapi rembat barangan kemas RM15,000

Rohani menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan barang kemasnya RM15,000.
Rohani menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan barang kemasnya RM15,000.
A
A
A

TUMPAT - Seorang ibu tunggal rugi RM15,000 selepas dipercayai ditipu rakan sekampung bagi mendapat bantuan zakat.

Mangsa, Rohani Yaakob, 46, diminta meanggalkan barang kemas yang dipakainya ketika dibawa rakan perempuannya yang baru dikenali untuk berjumpa seorang Datuk.

Alasan perlu tanggalkan barang kemas itu kerana tidak mahu kelihatan seperti orang berada ketika menerima zakat RM2,000 daripada datuk tersebut.

Rohani berkata, dia dibawa ke Kota Bharu untuk menerima zakat itu pada hari Selasa lalu dan rakannya pesan agar tidak memberitahu sesiapa pun sebelum bertolak.

"Sebelum ke Kota Bharu, saya singgah di rumahnya (Kampung Kubang Batang) jam 10 pagi.

"Kawan suruh saya tanggalkan gelang, saya akur dan simpan di dalam poket berzip belakang beg tangan saya.

"Sebaik bertolak ke Kota Bharu dengan keretanya, rakan saya minta tanggalkan pula dua utas rantai leher dan saya simpan di tempat sama," katanya ditemui dirumahnya hari ini.

Menurutnya, dia dibawa ke sebuah bangunan dan rakannya mengambil gambar mykadnya untuk mendaftar dan kemudiannya membawanya ke bank CIMB Kubang Kerian untuk urusan zakat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, di bank terbabit rakannya menyuruh mengisi slip bank untuk menerima bantuan zakat tersebut dan meletakkan beg tangan berdekatan rakannya itu.

"Saya ini bukan pandai sangat menulis, bila disuruh mengisi slip bank, saya fokus pada slip bank itu khuatir silap.

"Selesai urusan di bank sekadar isi slip bank sahaja, saya dibawa pulang ke rumah dan sebaik memeriksanya, barang kemas tiada," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud mengesahkan menerima laporan tersebut.

"Kes masih lagi dalam siasatan sama ada ada unsur curi atau tipu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!