Steve Bruce, Newcastle United berpisah

Steve Bruce. - Foto AFP
Steve Bruce. - Foto AFP
A
A
A

STEVE Bruce akhirnya meninggalkan kerusi panas pengendali Newcastle United hasil persetujuan bersama, dua minggu selepas pemilik baharu konsortium dari Arab Saudi mengambil alih The Magpies.

Pengendali berusia 60 tahun itu mengendalikan perlawanan terakhirnya ketika The Magpies tewas 3-2 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James' Park.

Sepanjang membimbing Newcastle United musim ini, Bruce meletakkan kelab tersebut di kedudukan ke-19 liga dengan mengumpul tiga mata selepas mengharungi lapan perlawanan hasil tiga seri dan lima tewas.

"Saya berterima kasih kepada semua orang yang berkait dengan Newcastle United atas peluang untuk menguruskan kelab bola sepak yang unik ini. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada barisan pelatih, para pemain dan staf sokongan atas kerja keras bersama kelab ini.

"Newcastle United mendapat sokongan padu dan saya harap pemilik baharu mampu merealisasikan usaha membawa kelab ini lebih berjaya pada masa depan seperti diingini penyokong-penyokong. Selamat maju jaya buat semua," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!