India longgar peraturan kuarantin pengembara asing

Kerajaan India memutuskan untuk melonggarkan peraturan kuarantin kepada penumpang antarabangsa yang tiba dari negara-negara tertentu.
Kerajaan India memutuskan untuk melonggarkan peraturan kuarantin kepada penumpang antarabangsa yang tiba dari negara-negara tertentu.
A
A
A

NEW DELHI - Kerajaan India memutuskan untuk melonggarkan peraturan kuarantin kepada penumpang antarabangsa yang tiba dari negara-negara tertentu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kementerian kesihatan India pada Rabu mengeluarkan satu garis panduan baharu mengenai kuarantin untuk pelancong antarabangsa dari negara yang mempunyai perjanjian dengan India berhubung pengiktirafan bersama sijil vaksinasi yang diakui di peringkat antarabangsa atau oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Peraturan baharu itu berkuat kuasa mulai 25 Oktober, warga asing dari negara tertentu yang tiba di India hanya perlu memantau sendiri kesihatan diri selama 14 hari selepas ketibaan.

Mereka juga perlu menjalani ujian Covid-19 RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum melakukan perjalanan dan laporan negatif itu perlu diserahkan semasa ketibaan.

India telah menandatangani perjanjian untuk saling mengiktiraf vaksin Covid-19 dengan 11 negara iaitu Britain, Perancis, Jerman, Nepal, Belarus, Lubnan, Armenia, Ukraine, Belgium, Hungary dan Serbia.

Menurut garis panduan baharu itu, ada negara yang tidak mempunyai perjanjian dengan India, tetapi mengecualikan warga India yang lengkap vaksinasi Covid-19. Atas dasar timbal balik, pelancong dari semua negara yang memberikan kemudahan kepada warga India tidak perlu menjalani kuarantin akan diberikan beberapa kelonggaran semasa ketibaan.

"Sekiranya ada penumpang melaporkan gejala Covid-19 semasa penerbangan, penumpang itu harus diasingkan mengikut protokol," menurut garis panduan itu.

Pengembara antarabangsa yang tiba melalui pelabuhan laut atau darat turut tertakluk kepada protokol yang sama. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!