WUIF lancar kempen Cerita Tentang Ayah

Kempen Cerita Tentang Ayah sempena World #QuranConvention 2021, bermula 14 Oktober hingga 15 November ini.
Kempen Cerita Tentang Ayah sempena World #QuranConvention 2021, bermula 14 Oktober hingga 15 November ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) melalui TickTalk TV mengajak orang ramai untuk berkongsi kisah ayah dalam kempen Cerita Tentang Ayah sempena World #QuranConvention 2021, bermula 14 Oktober hingga 15 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, World #QuranConvention bertemakan “Fatherless Home” diadakan secara hibrid iaitu dalam talian dan secara fizikal pada 18 dan 19 Disember depan. Tema tersebut yang bermaksud rumah tanpa ayah membawa dua makna, iaitu ada ayah tapi bagaikan tiada; dan tiada ayah tapi bagaikan ada.

“Kempen dan konvensyen tersebut bertujuan mengangkat figura ayah sebagai ketua keluarga dan pemimpin masuk syurga sekeluarga dengan berpandukan Surah Al-Mulk. Ayah adalah figura yang mulia walau apa pun pengalaman kita bersamanya.

“Mungkin ada ayah yang meninggalkan legasi dan memberi kesan besar kepada kerangka fikir anak. Dengan perkongsian cerita tentang ayah, ia diharapkan dapat memberi inspirasi kepada golongan ayah lain dan bakal ayah. Ini secara langsung memberi penghargaan kepada ayah mereka," katanya.

Tambah beliau, jika ada pengalaman duka dan derita bersama ayah, kita harapkan anak untuk melihat sisi baiknya. Sekiranya tiada rasa kasih, sekurang-kurangnya anak berasa kasihan terhadap ayah. Mudah-mudahan ia boleh melahirkan rasa sayang dan memaafkan kesalahan ayah.

“Peranan isteri sangat besar untuk membina semula kerangka fikir anak tentang ayah dari aspek positif. Mungkin ada isteri yang pernah kecewa terhadap suami yang menjadi ayah kepada anak. Kita harap golongan isteri mampu memaafkan pasangan dan membantu anak untuk menulis semula cerita perjalanan mereka bersama ayah dalam perspektif mencari kebaikan," ujarnya.

Marhaini
Marhaini

Marhaini turut mengalu-alukan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah untuk menguar-uarkan penyertaan para pelajar dalam menyertai kempen Cerita Tentang Ayah.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, beliau berharap Majlis Agama Islam negeri-negeri turut sama melaksanakan Majlis Ayah yang menyasarkan golongan ayah. Program tersebut telah dipelopori oleh negeri Selangor sejak 2020.

“Pihak kami bersedia memberi kerjasama dan berkongsi modul kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri untuk membantu golongan ayah sebagai pemimpin masuk syurga sekeluarga,” katanya.

Pihak penganjur menawarkan 10 perkongsian cerita dan video terbaik untuk peluang menerima hadiah saguhati bagi November dan Oktober ini.

Untuk panduan penghantaran bahan, boleh lawati Facebook Cerita Tentang Ayah.

Himpunan Cerita Tentang Ayah akan dimuat naik di Facebook “Cerita Tentang Ayah”. Sila hantar penyertaan anda di https://bit.ly/CeritaTentangAyah atau scan QR code yang tertera pada poster.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi wassap.my/60133869283 (Fiffy Nur Adila), dan wassap.my/60194241780 (Syafira Azwan).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!