Aktiviti Pembersihan Selepas Banjir di Yan
21 Oktober 2021 03:50pm
Masa membaca: 4 minit
Anak pemilik kedai alat ganti dan servis motosikal, Lim Nee Pin, 30, membersihkan dkedainya yang dipenuhi lumpur selepas dilanda banjir kilat petang semalam ketika tinjauan foto Bernama di Yan hari ini.
Seorang pekerja kedai alat ganti dan servis motosikal sedang membersihkan kedainya yang dipenuhi lumpur selepas dilanda banjir kilat petang semalam ketika tinjauan foto Bernama di Yan hari ini.
Pemilik kedai runcit Ooi Ah Khuah, 64, sedang membersihkan kedainya selepas dilanda banjir kilat petang semalam ketika tinjauan foto Bernama di sini, hari ini.
Peniaga kedai runcit serta pengusaha kedai alat ganti dan servis motosikal di sini masing-masing mengalami kerugian lebih RM8,000 selepas premis mereka dua kali dinaiki air akibat banjir kilat.
Tinjauan Bernama mendapati premis mereka dipenuhi lumpur selepas air surut dengan barangan perniagaan mengalami kerosakan susulan banjir berkenaan. - Foto Bernama.