Legoland Malaysia tidak akan ditutup

Gambar kecil: Jimmy
Gambar kecil: Jimmy
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Taman bertema Lego pertama di Asia, Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia) diyakini akan terus beroperasi meskipun bertukar pemilik.

Keyakinan itu dizahirkan oleh EXCO Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse ketika ditanya pemberita, hari ini.

"Saya pasti Legoland (Malaysia) akan terus beroperasi. Sama ada oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) (syarikat pegangan Khazanah yang memiliki Legoland) atau pihak lain.

"Saya tidak rasa Legoland (Malaysia) akan tutup," katanya ketika ditanya mengenai laporan media bahawa Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) sedang mempertimbangkan untuk menjual taman tema itu.

Jimmy berkata, ia adalah sesuatu yang biasa bagi sesebuah syarikat untuk menjual asetnya sebagai langkah penstrukturan semula korporat.

"Kalau pun ada hasrat nak cari pembeli, itu disebabkan penstrukturan semula korporat. Siapa pun menguruskan Legoland (Malaysia), saya rasa dia tak akan tutup," katanya.

Ditanya sama ada Kerajaan Johor mungkin membeli Legoland Malaysia, beliau tidak menolak kemungkinan jika Khazanah bersedia memberi tawaran menarik.

"Kita tidak tolak kemungkinan membeli Legoland, tetapi kita perlu tengok kertas cadangan terlebih dulu dan ia perlu bersifat ‘willing seller willing buyer’,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!