Satu lokaliti di Pahang dikenakan PKPD
SHAH ALAM - Satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu membabitkan Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam, Raub.
"Tarikh tamat PKPD pada 4 November ini. Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, Rodzi mengumumkan bahawa tiada pelanjutan dan penamatan PKPD.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!