UAE tuan rumah Piala Dunia Kelab
EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab pada awal 2022, kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.
Edisi terkini kejuaraan yang menampilkan enam juara benua termasuk dua pasukan terbaik negara tuan rumah sebelum ini dijadualkan berlangsung di Jepun hujung tahun ini, namun ditangguh berikutan pandemik Covid-19.
Kejuaraan Piala Dunia Kelab kebiasaannya berlangsung pada Disember, namun ini merupakan tahun kedua kejohanan berdepan kelewatan - edisi Qatar 2020 berlangsung pada Februari tahun ini.
“Kejuaraan Piala Dunia Kelab tetap akan berlangsung pada awal 2022 biarpun tanpa tarikh spesifik.
“Biarpun begitu adalah dimaklumkan bahawa Emiriah Arab Bersatu merupakan tuan rumah penganjuran kali ini,” ujar Infantino semasa sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa FIFA.
Februari dijangkakan akan berlangsung kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika dijadualkan di Cameroon dari 9 Januari hingga 6 Februari.
Chelsea akan mewakili benua Eropah selepas menjuarai Liga Juara-Juara manakala Al-Ahly tampil dengan reputasi Mesir.
Amerika Selatan pula diwakili sama ada Palmeiras atau Flamengo, dua kelab Brazil yang akan berentap di perlawanan akhir kejuaraan Copa Libertadores pada bulan depan.
Bayern Munich merupakan kelab paling berjaya dalam saingan ini yang menyaksikan empat penganjurannya di UAE, dengan kejuaraan terakhir menjadi milik Real Madrid pada 2018.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!