Ratu Elizabeth II batal lawatan, jalani ujian di hospital

Ratu Elizabeth II
Ratu Elizabeth II
A
A
A

LONDON - Ratu Elizabeth II dimasukkan ke hospital pada Rabu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan, kata jurucakap Istana Buckingham dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ketika ini, baginda telah kembali ke Istana Windsor, jelas kenyataan itu lagi.

"Selepas dinasihatkan untuk berehat selama beberapa hari, Ratu Elizabeth II dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan pada petang Rabu.

"Baginda telah kembali ke Istana Windsor pada Khamis dan keadaannya stabil," katanya.

Ratu Elizabeth II, 95, terpaksa membatalkan kunjungan ke Ireland Utara pada Rabu atas faktor kesihatan dan diminta untuk berehat.

Jelas Istana Buckingham, masalah kesihatannya itu tiada kaitan dengan virus Covid-19.

Sebelum itu Ratu Elizabeth II menerima kunjungan daripada beberapa ikon dalam dunia perniagaan seperti Bill Gates pada Selasa selepas Perdana Menteri Boris Johnson melancarkan persidangan pelaburan mesra alam sempena persidangan iklim COP26.

Ratu Elizabeth II bakal meraikan 70 tahun di atas takhta tahun depan.

Artikel Berkaitan:

Kali terakhir baginda dimasukkan ke hospital adalah pada 2013 selepas mengalami radang perut dan usus.

Baginda turut menjalani pembedahan katarak pada 2018 dan pembedahan pada lutut pada 2003.

Awal tahun ini, suaminya Putera Philip, meninggal dunia pada usia 99 tahun di Istana Windsor. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!