Covid-19: Populasi remaja Malaysia terima vaksin antara terpantas di dunia

Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja paling cepat di dunia.
Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja paling cepat di dunia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja paling cepat di dunia, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau, hanya dalam tempoh dua bulan, 80 peratus kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Pfizer.

"Dalam tempoh dua bulan, kita mampu memberikan 80 peratus penduduk berusia 12-17 tahun sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer.

"Salah satu pemberian vaksin Covid-19 remaja terpantas di dunia," katanya melalui ciapan di Twitter, pada Jumaat.

Sementara itu, Khairy turut menzahirkan tahniah kepada Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon yang sebelum ini, dipertanggungjawabkan untuk mengendalian pemberian vaksin untuk kumpulan berkenaan.

Dr Noor Azmi adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A).

Sementara itu, tinjauan di laman web COVIDNOW mendapati, setakat semalam, jumlah penerima remaja sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebanyak 80.9 peratus dan mereka yang lengkap divaksinasi adalah 43.4 peratus.

Labuan (65.7 peratus) mencatat peratusan tertinggi menerima vaksin itu diikuti Sarawak (61.2 peratus), Kedah (57.1 peratus), Melaka (55.8 peratus), Pahang (55.4 peratus) dan Perlis (53.1 peratus).

Artikel Berkaitan:

Manakala terendah adalah Lembah Klang (28.8 peratus), Negeri Sembilan (36.6 peratus) dan Johor (37.7 peratus).

Dalam pada itu, Negeri Kelantan, Sabah, Terengganu, Perak dan Pulau Pulau Pinang pula dilihat masih dalam kadar 40 peratus sahaja.

Menerusi data itu juga, unjuran 80 peratus remaja akan lengkap divaksinasi dijangka adalah 19 November depan dengan 2,518,000 akan divaksin manakala dalam tempoh seminggu sahaja, dijangka akan meningkat kepada 60 peratus lengkap divaksin sepenuhnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!