Chelsea pertaruh Havertz, Hudson-Odoi

 Havertz dan Hudson-Odoi (kanan).Foto: Twitter
Havertz dan Hudson-Odoi (kanan).Foto: Twitter
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel mempertaruhkan gandingan Kai Havertz dan Callum Hudson-Odoi bagi ‘misi’ merobek gawang Norwich City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge pada Sabtu.

Menurut Tuchel, dia berharap gandingan berkenaan mampu melaksanakan ‘misi’ berkenaan berikutan kecederaan Romelu Lukaku dan Timo Werner ketika berdepan kelab Sweden, Malmo FF pada aksi Liga Juara-Juara di venue sama, 20 Oktober lalu.

Malah Tuchel berharap agar kedua-dua pemain berkenaan akan dapat membuktikan kewibawaan masing-masing selaku penggempu berbisa bagi skuad The Blues itu.

“Semua pemain mengejar minit permainan di atas padang dan kini mereka (Havertz dan Hudson-Odoi) kini berpeluang untuk membuktikan kemampuan mereka pada perlawanan itu nanti.

“Bagaimanapun, mereka perlu menunjukkan aksi terbaik selain sentiasa membuat keputusan tepat ketika berada di depan pintu gol lawan sebagaimana yang kita lakukan ketika berdepan Malmo.

“Secara keseluruhannya, kita perlukan kemenangan untuk memenangi perlawanan dan kali ini kita akan melakukannya tanpa kehadiran Romelu (Lukaku) dan Timo (Werner),” katanya.

Pada aksi berdepan Malmo, Andreas Christensen membuka jaringan pada minit ke-9, sebelulm Jorginho menyempurnakan dua sepakan penalti pada minit ke-21 dan minit ke-57 dan Havertz menjaringkan gol keempat pada minit ke-48 bagi melengkapkan kemenangan.

Sementara itu, Tuchel menegaskan tidak ada ‘penggiliran’ pemain akan dibuat kerana kesemua pemain berpeluang untuk beraksi.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, pihaknya juga tidak merancang untuk merehatkan mana-mana pemain dalam usaha memberikan peluang kepada pemain lain untuk beraksi.

“Kami mengambil pendekatan satu perlawanan demi satu perlawanan dan semua perlawanan adalah penting.

“Oleh itu, sesiapa juga yang diturunkan memang berhak untuk beraksi dan tidak ada sebarang keistimewaan bagi mana-mana pemain untuk direhatkan atau sebagainya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!