Lihat manfaat kejuruteraan kereta terbang

Mohd Redzuan
Mohd Redzuan
A
A
A

PUTRAJAYA - Fokus pembangunan kereta terbang perlu dilihat dari aspek kejuruteraan yang membawa manfaat kepada banyak pihak, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, yang mengemukakan idea kereta terbang itu.

“Yang suka troll ini selalunya tidak faham apa yang kerajaan mahu buat melalui idea kereta terbang itu, mereka lebih melihatnya dari sudut negatif,” katanya, serta menegaskan beliau tiada masalah dikritik kerana idea itu.

Selaku pihak yang mengemukakan idea itu, beliau dan kementerian tidak akan melatah atau melenting sebaliknya akan memperbanyakkan penerangan supaya masyarakat lebih terdidik dengan sebarang pembaharuan yang diperkenalkan, katanya.

Teknologi kereta terbang itu asasnya diutarakan oleh anak Malaysia yang berjaya dalam sektor itu di luar negara.

"Ini yang kita cuba buat iaitu ketengahkan idea usahawan yang terbukti berjaya di luar sana,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog bersama anggota Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang diketuai pemangku presidennya, Datuk Seri Syed Hussein Al Habshee di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata prototaip kereta terbang dijangka siap seawal-awalnya Jun ini, dengan kos penghasilan prototaip itu tidak melebihi RM1 juta selain ia dibiayai oleh pihak swasta.

Mohd Redzuan berkata masyarakat seharusnya tidak lagi terkongkong dengan sikap yang sentiasa menidakkan idea yang dikemukakan.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata kementeriannya komited membantu membangunkan usahawan yang mempunyai kelestarian dalam perniagaan.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan mendekati, mendengar masalah dan berbincang apakah kaedah yang boleh digunakan dalam mengatasi permasalahan yang didepani golongan itu,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!