Tempoh mohon Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0 dilanjutkan
GEORGETOWN - Permohonan Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0 tanpa faedah yang sepatutnya berakhir pada 20 Oktober dilanjutkan sehingga 29 Oktober depan.
Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, lanjutan itu bagi memberi peluang lebih luas kepada semua usahawan mikro, kecil dan sederhana Pulau Pinang untuk merebut peluang keemasan dana berjumlah RM5 juta.
"Keputusan kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri mulai 11 Oktober lalu telah merancakkan kembali aktiviti semua sektor ekonomi.
"Rakyat kembali bebas bergerak menjalankan aktiviti harian, sekali gus merangsang aktiviti ekonomi dan perniagaan dalam skala yang lebih meluas dengan norma baharu pematuhan prosedur operasi standard (SOP),"katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Abdul Halim berkata, segala makluman dan pertanyaan berhubung Skim PEKA PKS 3.0 boleh dibuat dengan menghubungi pusat panggilan di talian 04-6139890/ 894/ 895/ atau 6340 100/194 atau melayari https://form.jotform.com/PDCHelpdesk/skim-peka-pks.
Tambahnya, borang permohonan boleh di-emel kepada peka3@pdc.gov.my atau melalui aplikasi Whatsapp di talian +6010-3234 405.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!