Kejam, lebih hina daripada haiwan

Zulkifli
Zulkifli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menzahirkan rasa sedih dengan peristiwa yang menimpa adik Nur Aisyah Aleya Abdullah yang ditemui mati dibuang dalam gaung di Gunung Raya, Langkawi.

Beliau berkata, tidak ada perasaan yang dapat digambarkan apabila terbaca tragedi yang menimpa kanak-kanak berusia tiga tahun itu.

"Terlalu tragis dan kejam.

"Tindakan yang dilakukan adalah di luar kewarasan akal seorang insan, malah, jauh lebih hina daripada haiwan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, tidak sepatutnya anak kecil itu diperlakukan sedemikian rupa.

"Apa jua perlakuan mereka yang dewasa, usah sama sekali libatkan jiwa yang tidak tahu apa-apa.

"Diharapkan pihak berkuasa dapat melaksanakan tanggungjawab dengan segera supaya yang bersalah dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya berharap kejadian sama tidak berulang.

Katanya, semoga ALLAH memberi kekuatan kepada keluarga Nur Aisyah dan berharap petistiwa yang berlaku menjadi iktibar kepada semua.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Nur Aisyah Aleya dilaporkan hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi hujung bulan lalu.

Mayat kanak-kanak itu yang hanya tinggal tengkorak dan rambut kemudiannya ditemui di Gunung Raya, Langkawi semalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!