Art Lane kembali curi tumpuan

Antara pelukis tempatan dapat 'beraksi' semula selepas galeri mereka mula dibuka pada awal bulan ini ialah Abdul Hadi Ahmad.
Antara pelukis tempatan dapat 'beraksi' semula selepas galeri mereka mula dibuka pada awal bulan ini ialah Abdul Hadi Ahmad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Art Lane di sekitar bangunan Pasar Seni atau Central Market yang menghimpunkan sekurang-kurangnya tujuh pelukis jalanan kini kembali mencuri tumpuan selepas ditutup sejak Jun lalu akibat Covid-19.

Antara pelukis tempatan dapat 'beraksi' semula selepas galeri mereka mula dibuka pada awal bulan ini ialah Abdul Hadi Ahmad, 52, yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan potret sejak tiga dekad lalu.

Menurutnya, pandemik Covid-19 memaksa pelukis bekerja lebih gigih dan menukar cara berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan menawarkan perkhidmatan tempahan potret secara dalam talian.

"Akibat Covid-19, galeri kami di Art Lane terpaksa ditutup namun saya masih lagi menerima tempahan melukis potret terutamanya daripada pelanggan tetap secara dalam talian sepanjang pandemik melanda sebelum ini.

"Kini, kami mengharapkan keadaan pelancong ke sini akan kembali meriah seperti sediakala selepas ia mula dibuka semula pada awal bulan ini," katanya ketika ditemui di Art Lane dekat Pasar Seni di sini pada Jumaat.

Saufi Aris tidak menafikan bilangan pelancong asing ke Art Lane berkurangan ekoran pandemik Covid-19.
Saufi Aris tidak menafikan bilangan pelancong asing ke Art Lane berkurangan ekoran pandemik Covid-19.

Sebelum pandemik Covid-19 melanda negara kebanyakan pengunjung di Art Lane terdiri daripada pelancong asing dan mereka amat kagum dengan kebolehan pelukis tempatan dalam menghasilkan lukisan bermutu tinggi.

Seorang pelukis, Saufi Aris, 37, tidak menafikan bilangan pelancong asing ke Art Lane berkurangan ekoran pandemik Covid-19, namun kedatangan warga kota dilihat mula meningkat terutama pada hujung minggu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kawasan Art Lane bagaikan galeri pameran kepada orang ramai apabila mereka berpeluang melihat dengan lebih dekat penghasilan lukisan menerusi pelbagai medium yang disediakan oleh pelukis.

“Setiap pelukis di Art Lane mempunyai teknik dan gaya tersendiri dalam menghasilkan lukisan mereka dan orang ramai boleh melihat hasil kreativiti pelukis dari dekat malah kami menawarkan harga lukisan berpatutan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!