UFO didakwa pernah tembak peluru berpandu nuklear palsu AS

ROBERTS JACOBS - Foto Bob Sales/YouTube
ROBERTS JACOBS - Foto Bob Sales/YouTube
A
A
A

WASHINGTON - Seorang bekas pegawai tentera Amerika Syarikat (AS), Robert Jacobs mendakwa sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) melepaskan empat tembakan cahaya ke arah sebuah peluru berpandu yang membawa peledak nuklear palsu pada tahun 1964.

Pendedahan itu dilakukan Jacobs di Kelab Akhbar Kebangsaan, Washington baru-baru ini pada satu sidang akhbar.

Bagaimanapun, selepas dia mendakwa melihat kejadian itu, Jacobs diarahkan supaya mendiamkan diri dan tidak menyebarkan apa yang telah disaksikannya itu oleh seorang pegawai tinggi tentera.

Bekas pegawai tentera itu yang kini menjadi seorang profesor di Universiti Bradley menyatakan ketika itu, tentera AS melancarkan ujian peluru berpandu tersebut pada 14 September 1964.

Ketika kejadian, katanya, dia mengetuai satu unit yang dianggotai oleh 100 askar dan dihantar kepa Pangkalan Tentera Udara Vandenberg, California untuk merakamkan gambar peluru berpandu itu dengan menggunakan sejenis peralatan canggih.

Peluru berpandu Atlas-D itu kemudian dilancarkan dari pangkalan itu dan ia kemudian berpisah dengan kepala peledak nuklear tersebut di pinggir angkasa lepas. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!