Jumpa mayat bayi ketika kutip sampah
BUTTERWORTH - Mayat bayi perempuan yang dibalut dengan kain ditemui di dalam tong sampah di sebuah blok di Taman Flat Bagan di sini pada pagi Sabtu.
Mayat bayi tersebut ditemui oleh ketua rukun tetangga flat ketika sedang membuat kerja pembersihan dan mengutip sampah bersama dua lelaki warga Myanmar di blok berkenaan pada jam 9.34 pagi.
Lelaki berkenaan kemudiannya menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.
Ketika ditemui, bayi berkenaan sudah meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi pada Sabtu mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, polis sedang mencari penduduk di sekitar flat berkenaan yang sedang berpantang selepas bersalin atau diketahui hamil dengan bantuan penduduk setempat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!