Kes dera amah: Polis rakam keterangan pengarah agensi penguat kuasa

Mohamad Fakhrudin
Mohamad Fakhrudin
A
A
A

PETALING JAYA - Polis telah merakam keterangan seorang pengarah sebuah agensi penguat kuasa pada Isnin selepas disyaki mendera pembantu rumahnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan berhubung kes itu.

"Kita telah memanggil pengarah tersebut untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan, seorang wanita warga Indonesia mendakwa dipukul kepala sebelum dikurung di dalam sebuah bilik.

Bagaimanapun, wanita itu dikatakan dapat melarikan diri dan terus menuju ke Kedutaan Indonesia di Malaysia dan mengarahkan laporan polis dibuat terhadap pengarah agensi penguat kuasa itu.

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) selepas majikan dipercayai tidak membayar gaji pembantu rumah itu sejak sekian lama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!