Saravanan akui tak berani bawa masuk pekerja asing

M Saravanan
M Saravanan
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengakui tidak berani untuk membawa masuk pekerja asing ketika negara ini sedang berjuang menghadapi Covid-19.

Menurutnya, sekiranya terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini, beliau akan dituduh kerana membawa masuk pekerja asing.

“Saya nak lihat bagaimana kita boleh ikut prosedur operasi standard (SOP) baharu.

“Dalam keadaan negara menghadapi Covid-19 ini, saya bukan berani sangat hendak membawa pekerja asing.

Apabila perkara-perkara tidak diingini berlaku, saya akan dituduh,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan lima beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat Covid-19 di Seri Kembangan pada Sabtu.

Saravanan (kiri) bersama Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (tiga dari kiri) ketika mengadakan pertemuan lima beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat Covid-19 di Seri Kembangan pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
Saravanan (kiri) bersama Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (tiga dari kiri) ketika mengadakan pertemuan lima beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat Covid-19 di Seri Kembangan pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR

Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada Jumaat meluluskan SOP kemasukan pekerja asing bagi memenuhi keperluan sektor perladangan seperti yang dibentangkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga pengerusi jawatankuasa khas itu berkata, SOP berkenaan akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan secara ‘case-by-case basis’ oleh Jawatankuasa Pekerja Asing dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, pada masa ini sektor perladangan sangat memerlukan pekerja asing, di samping kurangnya minat warga tempatan untuk bekerja di sektor terbabit.

“Walaupun saya kejam kepada pihak peladang, saya sedar mereka betul-betul memerlukan pekerja asing.

“Saya masih main tarik tali sebab saya masih mengharap ada pekerja tempatan akan mengambil peluang ini, tetapi warga tempatan tidak minat,” katanya.

Disebabkan itu, katanya, kerajaan akan membawa seramai 32,000 pekerja asing secara berperingkat untuk bekerja dalam sektor perladangan seawal bulan depan.

“Permintaan dari sektor perladangan sebanyak 32,000 pekerja asing, kita akan cuba sedaya yang boleh untuk bawa,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:32,000 pekerja asing dibawa masuk bekerja di ladang

ARTIKEL BERKAITAN:SOP kemasukan pekerja asing dipersetujui

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!