Si batik 150kg ditangkap

Ular sawa batik dimasukkan ke dalam sangkar sebelum diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
Ular sawa batik dimasukkan ke dalam sangkar sebelum diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
A
A
A

TEMERLOH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Temerloh pada Jumaat menangkap ular sawa batik seberat 150 kilogram dan dipercayai paling besar pernah ditangkap oleh APM tahun ini.

Ular sepanjang kira-kira kira-kira tujuh meter itu dilihat dari arah paya dan menuju ke kandang lembu seorang penduduk di Kampung Paya Luas.

Ketua Skuad Charlie, Koperal Muhammad Dzulain Bahirun berkata, beliau bersama tiga anggota lain bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.08 malam.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, ular itu didapati berada di tengah jalan. Reptilia yang dipercayai berusia kira-kira empat tahun itu berjaya ditangkap menggunakan penjerut 25 minit kemudian dibantu penduduk kampung," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tambahnya, ular terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Temerloh untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!