134 pemain junior sertai ITF World Tennis Tour

No Image Caption
A
A
A

SERAMAI 134 peserta - 76 lelaki dan 58 wanita dari 24 negara akan menyertai kejohanan ITF World Tennis Tour J1 yang akan berlangsung di pusat Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di Kuching, Sarawak dari 12 hingga 17 Mac ini.

Pengerusi penganjur, Datuk Patrick Liew berkata, para peminat sukan itu dijangka dapat menonton beberapa aksi perlawanan sengit memandangkan kesemua peserta akan berhempas-pulas untuk memungut mata ITF bagi menaikkan kedudukan ranking mereka.

“Pemain ranking teratas dalam kategori perseorangan lelaki Holger Vitus Nodskove Rune dari Denmark, yang kini menduduki rangking ke-27 dunia juga akan hadir,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan kejohanan ITF World Tennis Tour J1 kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

Terdapat 12 pemain Malaysia daripada cabutan pusingan kelayakan bagi kategori perseorangan lelaki manakala bagi perseorangan wanita, seramai empat pemain negara bakal beraksi pada kejohanan itu yang turut dikenali sebagai Piala Ketua Menteri Sarawak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!