Malaysia di landasan tepat ke fasa endemik: PM

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan keyakinan, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk peralihan ke fasa endemik dalam masa terdekat.

Katanya, segala perjuangan yang dilalui semua pihak mula menampakkan sinarnya.

“Dengan semangat Keluarga Malaysia, hari ini, kita dapat melihat trend penurunan kes jangkitan Covid-19 harian sekitar 5,000 kes berbanding lebih 23,000 kes sebelum ini.

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK Malaysia) juga mencapai lebih 94.4 peratus populasi dewasa dan PICK Remaja merekodkan 46.3 peratus remaja, yang telah lengkap menerima dos vaksin.

“Fasa pemberian dos penggalak juga telah dimulakan di negeri Sarawak bertuah ini. Dengan izin Allah SWT saya yakin, Malaysia berada di landasan yang tepat dalam peralihan ke fasa endemik, masa terdekat ini,” katanya sempena Pelancaran Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, di sini pada malam Sabtu.

Program itu turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Jumaat memaklumkan, Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja paling cepat di dunia.

Katanya, hanya dalam tempoh dua bulan, 80 peratus kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Pfizer.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!