Quartararo juara dunia MotoGP
PELUMBA Yamaha, Fabio Quartararo muncul pelumba pertama Perancis meraih kejuaraan dunia MotoGP dan pertama untuk pasukan itu sejak Jorge Lorenzo pada 2013
selepas menduduki tempat keempat dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Emilia Romagna di Litar Dunia Misano Marco-Simoncelli, Misano Adriatico, Itali pada Ahad.
Pelumba berusia 22 tahun kelahiran Nice itu dinobatkan juara selepas pencabar terdekatnya, Francesco Bagnaia dari Ducati terbabit kemalangan pada dalam perlumbaan tersebut.
Bagnaia semasa perlumbaan itu sedang mendahului sebelum terbabit kemalangan ketika perlumbaan berbaki lima pusingan yang menyaksikan pelumba Honda, Marc Marquez muncul juara manakala status kejuaraan menjadi milik Quartararo yang mimpin kedudukan dengan kelebihan 52 mata dengan berbaki dua perlumbaan.
"Saya masih tidak percaya. Sungguh mengagumkan, sekarang ini saya sedang bermimpi. Ia amat menyeronokan apabila keluarga saya dapat bersama saya dan kami akan menikmati suasana malam ini dan sehingga akhir musim," kata Quartararo.
Kejayaan Quartararo mengakhiri dominasi sedekad pelumba Sepanyol selepas Marquez (enam kejuaraan), pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo (2012 dan 2015) dan pelumba Suzuki, Joan Mir (2020) yang memenangi sembilan perlumbaan terakhir.
Pelumba Australia, Casey Stoner menjadi pelumba bukan dari Sepanyol yang menguasai perlumbaan pada musim 2011 bersama pasukan Honda.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!