Restoran nasi kandar kurang pekerja tahap 'tenat'

Masalah kekurangan pekerja di restoran mamak bukan saja sudah mencapai tahap tenat, malah ada yang hanya menunggu masa untuk menutup premis.(Gambar hiasan) - Foto Awani
Masalah kekurangan pekerja di restoran mamak bukan saja sudah mencapai tahap tenat, malah ada yang hanya menunggu masa untuk menutup premis.(Gambar hiasan) - Foto Awani
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Masalah kekurangan pekerja di restoran mamak bukan saja sudah mencapai tahap tenat, malah ada yang hanya menunggu masa untuk menutup premis.

Itu situasi digambarkan Exco Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma) Pusat, Abdul Aziz Shik Ahmad berhubung keadaan semasa dihadapi pengusaha restoran selepas pandemik Covid-19 melanda negara.

Jika tahun lalu restoran mengalami kekurangan pelanggan, tetapi kini sebaliknya berlaku apabila pekerja pula kurang sehingga menjejaskan operasi.

"Bukan saja tenat dah, 'ICU' dah, tinggal bila-bila masa (untuk tutup kedai), saya sendiri kedai satu cawangan akan ditutup bila-bila masa dari sekarang.

"Saya cuma bertahan masih lagi mengharapkan akan berlaku sesuatu dalam pengambilan pekerja tempatan ni kalau tak ada mungkin hujung minggu ni saya akan tutup satu cawangan, itulah situasi yang saya boleh buat hari ni," ujarnya.

Abdul Aziz yang juga Pengarah Restoran Nasi Kandar Dinas Sdn Bhd memberitahu, semua tujuh cawangan restorannya mempunyai masalah kekurangan pekerja dan sebuah cawangan berkemungkinan ditutup minggu depan.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan menyediakan kuota pengambilan pekerja tempatan dan mengurangkan kerenah pengambilan pekerja asing bagi membolehkan restoran terus beroperasi.

'Saya rasa di Penang ni lebih daripada 400 restoran (terjejas).

Artikel Berkaitan:

Saya tahu sebab saya sebagai Ahli Jawatankuasa Presma Pusat, boleh dikatakan keseluruhan restoran yang menjadi ahli dalam Presma menghadapi situasi ini.

"Jadi, bukan kata restoran-restoran yang besar la, restoran kecil-kecil pun sama.

Ada pekerja dua orang, tiga orang menjalankan perniagaan.

"Jadi saya berharap kerajaan dapat membuat sesuatu, sekurang-kurangnya membenarkan kita mengambil pekerja asing dari negara-negara sumber yang kita tahu kebanyakan pekerja ni tidak ada masalah bekerja di restoran ini," katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (PRIM) Pulau Pinang, Datuk K.K Sihabutheen ketika dihubungi mengakui kekurangan pekerja di restoran sudah mencapai tahap kritikal dan perlu ditangani segera.

Ia berikutan pekerja dari negara sumber diakui mempunyai komitmen untuk bekerja di restoran berbanding warga tempatan yang lebih gemar bekerja di sektor makanan segera.

Beliau berharap kerajaan dapat mempercepatkan proses kemasukan pekerja asing bagi menjamin kelangsungan restoran yang berdepan masalah kekurangan tenaga kerja tahap kritikal ketika ini. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!