Layanan istimewa Rebecca, ini kata netizen...
PELAKON tidak asing lagi, Datin Rebecca Nur Al Islam bertuah apabila dikurniakan pembantu yang baik dalam menguruskan rumah serta menjaga anak-anaknya.
Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Rebecca memuat naik gambar keenam-enam pembantu rumahnya memakai persalinan kebaya cantik yang diberikan olehnya untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
"Ehhh si cantik yang manis, amboi dah nak beraya ke bikk (bibik). Mummy Becca cakap suruh simpan buat raya, tapi mereka cakap terlalu cantik ini, rasanya tak sampai raya sudah dipakai.
"Sekali sekala ganjaran untuk mereka, kerana menjaga anak-anak saya, mengapa tidak kan. InsyaALLAH doakanlah majikan kamu ini sentiasa dimurahi lagi rezeki, melimpah ruah, InsyaALLAH akan dikongsi juga dengan kamu semua.
"Setiap pagi apabila mummy Becca melangkah keluar rumah, maknanya Mummy Becca keluar mencari rezeki begitu juga Encik Suami akan keluar mencari rezeki yang halal dan melangkah keluarnya Mummy Becca selalu berdoa Ya ALLAH jaga la anak-anak ku, jaga la setiap langkah anakku, tiadanya ku di sisi mereka, ku keluar mencari rezeki sesama untuk keluarga besarku.
"Alhamdulillah syukur sentiasa, rezeki keluarga saya dapat pembantu rumah semua baik-baik InsyaALLAH. Tapi kadang-kadang mereka ada juga... Tapi mungkin datang bulan," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji Rebecca dan mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki serta bahagia bersama keluarganya.
"Baiknya datin sayang dengan bibik-bibik semoga ALLAH sentiasa melindungi keluarga datin dan rezeki yang melimpah ruah amin," tulis intanarryana.
"Semoga makin melimpah rezeki kakak... Rezeki yang dikongsi bersama-sama... Suka tengok," tulis azlinasyairil.
"Ya ALLAH, baik sekali hati Mummy Becca ini. Pantaslah ALLAH murahkan rezeki Mummy Becca," tulis rahmahz03.
"Untung mereka dapat majikan yang super baik," tulis ungkapodiboh pula.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!