156 aduan berkaitan produk bayi

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 156 aduan melibatkan 62 syarikat produk susu formula bayi, makanan pelengkap bayi dan peralatan penyusuan telah dibincangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, syarikat terbabit telah dikenakan tindakan penalti.

"Tindakan adalah seperti amaran bertulis, penggantungan penapisan bahan untuk satu ke dua tahun, pemberitahuan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), pemberitahuan kepada Persatuan Antarabangsa Pengeluar-Pengeluar Makanan bayi, kenyataan akhbar dan terakhir disenarai hitam bagi pelanggaran Tata Etika Pemasaran

Makanan Bayi dan Produk Berkaitan yang diadukan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan sejak tahun 1979 berdasarkan kepada International Code of Breast-milk Substitutes dan resolusi-resolusi World Health Assembly yang berkaitan.

"Matlamat pelaksanaan tata etika tersebut adalah untuk melindungi dan mempertahankan amalan penyusuan susu ibu serta melindungi ibu-ibu daripada pengaruh promosi dan pengiklanan produk berkaitan yang tidak beretika," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, semua syarikat produk susu formula bayi, makanan pelengkap bayi dan peralatan penyusuan diingatkan agar sentiasa mematuhi amalan etika yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!