Menang 5-0 di Old Trafford sesuatu yang gila!

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (kiri), meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan. - foto EPA
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (kiri), meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan. - foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan kejayaan ‘membenam’ Manchester United 5-0 di Old Trafford pada Ahad, sebagai perkara yang ‘gila.’

Menurut Klopp, kemenangan besar The Reds itu adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan malah tidak pernah difikirkan akan berlaku.

Justeru Klopp berkata kemenangan berkenaan akan terus diingati sebagai salah satu pencapaian terbaik The Reds dalam sejarah saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Apa yang kita lakukan pada perlawanan ini adalah sesuatu yang ‘gila.’ Kami memberikan tekanan, memenangi bola dan menjaringkan gol-gol yang terbaik.

“Keputusan perlawanan juga ‘tidak masuk akal. 5-0. Ia memang luar biasa dan kami beraksi dengan cukup cemerlang kali ini.

“Mungkin keputusan ini juga akan menjadi satu sejarah baharu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL),” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, pemain Liverpool, Naby Keita membuka jaringan b seawal minit ke-5, sebelum Diogo Jota menjaringkan gol kedua pada minit ke-13 manakala penyerang sensasi, Mohamed Salah meledak hattrik pada minit ke-38, min-45 dan min-50 bagi melengkapkan kemenangan penuh bergaya The Reds.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool meraih 21 mata dan mengukuhkan kedudukan pada tangga kedua di belakang pendahulu EPL ketika ini, Chelsea.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Klopp mengakui resah dengan kecederaan yang menimpa James Milner dan Naby Keita pada perlawanan berkenaan.

Katanya, kecederaan kedua-dua pemain berkenaan mungkin akan memberikan kesan terhadap persiapan The Reds, selepas ini.

“Biarpun gembira dengan kemenangan besar ini, tetapi berita mengenai kecederaan Keita dan Milner agak membimbangkan saya.

“Diharapkan kedua-dua pemain ini akan segera pulih dan dapat beraksi selepas ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!