Verstappen lega muncul juara GP US

Verstappen muncul juara Grand Prix Formula 1 Amerika Syarikat. - Foto EPA
Verstappen muncul juara Grand Prix Formula 1 Amerika Syarikat. - Foto EPA
A
A
A

PEMANDU RedBull, Max Verstappen lega apabila muncul juara Grand Prix (GP) Formula 1 (F1) Amerika Syarikat (US), pada Ahad.

Menurut Verstappen, kejayaannya itu turut mencerahkan peluangnya untuk mengungguli saingan musim ini apabila ia turut menjarakkan lagi jurang mata dengan juara tujuh kali F1, Lewis Hamilton.

“Saya cukup lega dengan kemenangan ini dan saya rasa seperti berusia 25 tahun ketika berlumba pada perlumbaan kali ini.

“Saya akui, kita berdepan masalah dengan keadaan tayar jentera saya. Bagaimanapun, saya masih berjaya meneruskan perlumbaan dengan aggresif walaupun tidak tahu apa yang bakal berlaku di beberapa selekoh terakhir.

“Namun, saya cukup lega kerana berjaya menamatkan perlumbaan kali ini selaku juara,” katanya.

Verstappen melintasi garisan penamat GP US, pada Ahad. - Foto EPA
Verstappen melintasi garisan penamat GP US, pada Ahad. - Foto EPA

Kemenangan itu menyaksikan Verstappen meraih 287.5 mata selaku pendahulu manakala Hamilton berada pada kedudukan kedua dengan 275.5 mata.

Sementara itu, Hamilton mengakui perlumbaan kali ini agak sukar baginya dan menyifatkan tiga pusingan terakhir perlumbaan berkenaan menjadi penentu kepada kemenangan Verstappen.

Artikel Berkaitan:

“Perlumbaan kali ini agak sukar, saya bermula baik tetapi Verstappen telah melakukan yang lebih baik kali ini.

“Oleh itu, saya perlu terus konsisten menjelang perlumbaan akan datang,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!