Tukang cuci dihukum gantung sampai mati

Puvaneswaran (dua dari kanan) dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin atas kesalahan menyebabkan kematian seorang lelaki, tiga tahun lalu.
Puvaneswaran (dua dari kanan) dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin atas kesalahan menyebabkan kematian seorang lelaki, tiga tahun lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang tukang cuci dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, atas kesalahan menyebabkan kematian rakannya, tiga tahun lalu.

Hakim Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor membuat keputusan itu terhadap tertuduh, C Puvaneswaran, 30, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan berkenaan.

"Mahkamah telah meneliti nota keterangan yang direkod dan membaca hujahan yang dikemukakan kedua-dua pihak.

“Mengambil keterangan yang ada, mahkamah memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, maka atas alasan ini pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes dan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang ialah hukuman mati," katanya.

Puvaneswaran yang hadir dengan memakai baju dan seluar hitam menundukkan kepala ketika mendengar keputusan itu dibaca.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didapati menyebabkan kematian G Ganesh yang berusia 29 tahun ketika kejadian.

Kesalahan dilakukan di Jalan Kuala Klawang, Hulu Langat antara jam 12.30 tengah malam hingga 6.05 pagi, 24 Julai 2018 lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Sheelan Arjunan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!