Real buat Koeman tertekan

Alaba rai jaringan pertamanya ketika menentang Barcelona. - Foto AFP
Alaba rai jaringan pertamanya ketika menentang Barcelona. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, Ronald Koeman, kini berada dalam tekanan selepas skuad kendaliannya itu mencatatkan kekalahan 2-1 ke atas Real Madrid dalam pertembungan El-Clasico yang berlangsung di Camp Nou, awal pagi tadi.

Pada aksi tersebut, tonggak pertahanan Real Madrid, David Alaba membuka jaringan pada minit ke-32 selepas berjaya melepaskan rembatan padu menewaskan penjaga gol Barcelona, Marc-André ter Stegen.

Memasuki tiga minit waktu kecederaan, giliran Lucas Vázquez menggandakan selepas berjaya menyambar bola muntah hasil sepakan Marco Assensio.

Biarpun Sergio Aguero berjaya merapatkan jurang 1-2 pada minit ke-97, ia sudah terlalu lewat untuk menyelamatkan tuan rumah daripada kalah di laman sendiri.

“Pasukan kami menikmati permainan serangan balas dan mengambil kesempatan dalam situasi tersebut.

“Kami bermain secara praktikal. Kami tahu apa yang perlu dilakukan untuk menang,” kata pengurus Real, Carlo Ancelotti.

Dalam pada itu, Koeman kecewa dengan persembahan yang ditampilkan Barcelona sambil menyifatkan anak buahnya mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

"Perlawanan ini sentiasa sengit. Mereka mempunyai cara mereka, kami mempunyai cara kami, dan pelaksanaannya menentukan keputusan.

Artikel Berkaitan:

“Ia memalukan kerana kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol," katanya.

Untuk rekod, Barca kini tewas empat perlawanan El-Clasico berturut-turut buat pertama kali sejak tahun 1965 dan tergelincir ke tangga kesembilan La Liga, lima mata di belakang Madrid yang ketinggalan satu mata di belakang Real Sociedad.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!