DAN 2.0 fokus tingkat sekuriti makanan, pertanian pintar

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (dua dari kanan) bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua dari kiri), Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (kanan) dan Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid (kiri) pada majlis pelancaran Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 diadakan di Wisma Lembaga Pertubuhan Peladang. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

A
A
A

KUALA LUMPUR - Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang dilancarkan pada Isnin bakal meneruskan agenda pembangunan sektor agromakanan, dengan tumpuan khusus terhadap usaha meningkatkan sekuriti makanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha tersebut bakal dijayakan melalui pemodenan dan pertanian pintar serta memperkukuh rantaian nilai agromakanan.

Menurutnya, keutamaan dasar kali ini memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan produktiviti dan pendapatan serta kualiti hidup dalam kalangan pengeluar sektor makanan.

"Bagi mencapai matlamat DAN 2.0, kaedah pertanian pintar menjadi fokus memodenkan sektor ini. Ia bertujuan meningkatkan produktiviti yang merangkumi semua subsektor agromakanan.

"Pertanian pintar ini merupakan antara Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama yang telah digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

"Sehubungan itu, DAN 2.0 bakal dipacu melalui dana pembiayaan, insentif pelaburan dan tenaga kerja bagi meningkatkan tahap penerimagunaan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat," katanya.

Ismail Sabri berucap melalui rakaman video pada Majlis Pelancaran DAN 2.0 yang berlangsung secara hibrid di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Siti Farhana Haron,32, melihat buku yang dilancarkan pada majlis pelancaran Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 diadakan di Wisma Lembaga Pertubuhan Peladang. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Siti Farhana Haron,32, melihat buku yang dilancarkan pada majlis pelancaran Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 diadakan di Wisma Lembaga Pertubuhan Peladang. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

Dalam masa sama, Ismail Sabri berkata, bidang penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi akan menjadi nadi pembangunan sektor ini.

Katanya, sehubungan itu kerjasama pelbagai agensi penyelidikan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut digembleng dalam menjayakan DAN 2.0 ini.

"Melalui kerangka DAN 2.0 berserta dokumen pelan tindakan yang telah disediakan, sasaran purata pertumbuhan sektor agromakanan dijangka berkembang pada kadar 4.5 peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, beliau sendiri akan memantau pelaksanaan strategi dan pelan tindakan yang telah digariskan dalam DAN 2.0 melalui jawatankuasa khas secara berkala.

Katanya, jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh pengurusan tertinggi MAFI serta Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah MAFI.

"Selain itu, Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan dianggotai oleh pakar yang berpengalaman dalam sektor agromakanan akan bertindak sebagai Jawatankuasa Penasihat antara lain untuk menasihat dan meneliti kerangka tadbir urus dan pelaksanaan DAN 2.0," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!