PRN Melaka: Liputan seimbang semua parti di televisyen, radio

Nik Nazmi
Nik Nazmi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memberi jaminan dengan membenarkan siaran politik secara sekata kepada semua parti politik seperti di Singapura melalui televisyen dan radio dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) berkata, perkara seperti itu banyak dilakukan di negara maju dengan memberikan akses yang sama kepada semua parti bertanding.

“Saya nak bagi contoh, di Singapura saya percaya dalam banyak hal demokrasi Malaysia jauh ke depan berbanding demokrasi di Singapura.

“Tetapi tahun lepas, apabila Singapura melaksanakan pilihan raya, apa yang mereka buat? Mereka membenarkan siaran politik parti secara sekata antara semua parti yang bertanding.

“Saya minta kerajaan memberi jaminan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan pengungkaian tujuh Ordinan Darurat di Dewan Rakyat pada Isnin.

Nik Nazmi berkata, sekiranya yang bertanding di dalam PRN Melaka nanti melibatkan tiga parti ia seharusnya diberikan siaran secara sama rata.

“Kalau yang bertanding itu Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, bagi sama rata. Kabinet nak bergaduh, itu masalah kabinet.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi kita sebagai wakil-wakil rakyat, kita minta jaminan ini dan ini sepatutnya dijadikan ‘reference point’ bila kita bergerak berhadapan dengan pilihan raya lain akan datang,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!