Sajat mengaku transgender

Tangkap layar Nur Sajat (kiri) ketika program What’s Going On Malaysia yang dikendalikan Harith (kanan) yang disiarkan secara langsung di platform Facebook dan Youtube pada Ahad malam.
Tangkap layar Nur Sajat (kiri) ketika program What’s Going On Malaysia yang dikendalikan Harith (kanan) yang disiarkan secara langsung di platform Facebook dan Youtube pada Ahad malam.
A
A
A

SHAH ALAM - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat akhirnya membuat pengakuan bahawa dia adalah seorang transgender.

Pengakuan berani itu didedahkan beliau dalam program What’s Going On Malaysia yang dikendalikan pelawak terkenal tanah air, Harith Iskander dan disiarkan secara langsung di platform Facebook dan YouTube pada Ahad malam.

Sajat dalam video tersebut mengakui keputusan melarikan diri ke luar negara adalah jalan terakhir yang diambil untuk menyelamatkan dirinya daripada ancaman kekerasan hingga mengakibatkan dirinya kemurungan.

“Hingga satu tahap apabila mendapat tekanan dan layanan berunsur kekerasan, saya jadi takut dan trauma. Saya murung teruk dan perlu mendapatkan rawatan, ambil ubat dan jalani terapi mental.

“Sebelum lari, saya peluk dan cium anak saya. Selama ini saya tak pernah berpisah dengan mereka, kalau berpisah hanya dalam seminggu itu pun untuk lawatan bisnes sahaja.

“Saya beritahu terpaksa pergi sebab saya dalam keadaan tidak selamat. Mereka menangis dan tanya umi nak pergi mana, dan saya terus lari, tidak pandang belakang kerana ketika itu saya fikir untuk selamatkan diri sahaja,” katanya.

Sajat yang kini berada di Sydney, Australia sejak 18 Oktober lalu memaklumkan beliau selesa menjadi diri sendiri dan akan bangkit untuk membina hidup baharu di sana.

“Apabila sampai di sini, saya boleh jadi diri sendiri. Kerajaan Australia juga beri saya nombor cukai dan sentiasa hubungi saya walaupun dalam kuarantin, mereka bantu saya supaya tidak rasa sendirian di sini.

Artikel Berkaitan:

“Mereka banyak beri bantuan dari segi perumahan, elaun, masukkan saya dalam kelas tambahan untuk tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris, ajar selok-belok bagaimana nak mulakan bisnes di sana termasuk urusan import dan eksport,” tambahnya.

Sebelum ini, Sajat ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaannya yang menjadi buruan apabila lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok serta memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!