Bersatu cadang tambah baik SOP PRN

Wan Saiful
Wan Saiful
A
A
A

MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyalurkan beberapa cadangan untuk menambah baik atau memperkemaskan lagi prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memastikan platform media massa relevan sebagai kempen secara maya.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, cadangan tambah baik itu penting supaya rakyat benar-benar mendapat maklumat paling tepat mengenai tawaran-tawaran yang akan diberikan oleh parti-parti bersaing dalam PRN yang bakal diadakan pada bulan depan.

Menurutnya, segala pandangan itu bagaimanapun akan disalurkan melalui menteri-menteri kabinet yang mewakili Bersatu bagi memastikan hubungan harmoni dalam kerajaan Persekutuan tidak terjejas.

"Kita ada beberapa pandangan selain sedikit kebimbangan mengenai boleh atau tidak rakyat mendapat maklumat yang tepat (melalui kempen secara maya).

"Saya rasa sebagai menghormati hubungan kita dalam kerajaan Persekutuan, lebih baik kalau cadangan tersebut kita bagi dalam saluran dalaman," katanya.

Wan Saiful (kanan) ketika menandatangani Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) di Telok Mas, Melaka pada Isnin.
Wan Saiful (kanan) ketika menandatangani Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) di Telok Mas, Melaka pada Isnin.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) di Telok Mas, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut beliau berkata, parti itu sememangnya akur dengan SOP yang telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun mengakui akan berdepan sedikit cabaran dalam berkempen melalui medium digital.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, keputusan itu dihormati demi kebaikan semua pihak agar rakyat tidak terkesan dari segi faktor kesihatan dan menjadikan PRN Sabah sebagai pengajaran.

"Saya harap dalam norma baharu ini semua pihak yang mengambil bahagian dapat berkempen dengan cara bertanggungjawab dan tidak sebarkan maklumat tidak tepat atau palsu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!