Niaga hadapan emas ditutup tidak berubah

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak berubah pada Isnin. - Gambar hiasan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak berubah pada Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak berubah pada Isnin, kata seorang peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Muhammad Fawwaz Zakaria berkata, sementara itu, emas COMEX Amerika Syarikat (AS) diniagakan lebih tinggi berikutan kejatuhan dolar AS yang meningkatkan daya tarikan terhadap aset logam berharga selamat itu.

“Harga emas kekal kukuh pada Isnin, menghampiri paras utama AS$1,800.

“Sementara itu, pelabur memantau dalam berhati-hati mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang akan datang bagi mencari hala tuju dasar monetarinya,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2021, November 2021, Disember 2021 dan Januari 2022 semuanya berada pada RM255 segram.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing kekal sifar.

Pada 5 petang, harga emas fizikal naik RM1.52 kepada RM232.61 segram daripada RM231.09 segram pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!