Tiga harapan untuk Bajet 2022

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Pahang meletakkan tiga harapan pada Bajet 2022 yang akan dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Jumaat ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, harapan kerajaan negeri agar peruntukkan kerajaan pada Bajet 2022 dapat membantu meningkatkan ekonomi, mengurangkan kadar pengangguran dan menangani kes Covid-19.

Menurutnya, setiap perancangan kewangan yang akan dibentangkan itu juga perlu seimbang dengan memgambil kira kelangsungan hidup pelbagai lapisan rakyat dan pembangunan ekonomi negara.

"Selain itu, kita berharap Pahang juga akan menerima manfaat langsung melalui belanjawan negara tahun depan untuk kemakmuran rakyat dan ekonominya," katanya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, dalam mengurangkan kadar pengangguran, kerajaan perlu meningkatkan kemasukkan pelabur untuk melabur di negara ini selain mengekalkan pelaburan sedia ada.

"Ekoran pandemik Covid-19, ramai yang kehilangan pekerjaan di mana berdasarkan statistik terkini dikeluarkan Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara MYFutureJobs, seramai 53,213 individu termasuk 737 individu di Pahang telah kehilangan kerja untuk tempoh Januari hingga 15 Oktober tahun ini," jelasnya.

Pada Bajet 2021, Pahang menerima manfaat langsung termasuk peruntukan RM45 juta untuk menaik taraf sistem pembekalan air terawat ke Gebeng dan projek menaik taraf itu melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Semambu dan Rumah Pam Air Kobat.

Menerusi peruntukan itu, Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) dapat menggantikan 11 pam sedia ada di rumah pam yang mampu meningkatkan kapasiti LRA Semambu sebanyak 20 peratus daripada 290 juta liter sehari kepada 350 juta liter sehari.

Artikel Berkaitan:

Pahang turut menerima peruntukan untuk projek baharu dalam pembangunan infrastruktur pengangkutan termasuk projek jajaran baharu Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dan jalan pintasan di Cameron Highlands.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!