ASEAN bersidang, antara agenda utama Covid-19 dan pemulihan ekonomi

Sidang Kemuncak Asean ke-39 yang akan diadakan secara maya pada 26 hingga 28 Oktober ini dijangka menumpukan agenda mengenai pandemik Covid-19. - Foto 123RF
Sidang Kemuncak Asean ke-39 yang akan diadakan secara maya pada 26 hingga 28 Oktober ini dijangka menumpukan agenda mengenai pandemik Covid-19. - Foto 123RF
A
A
A

BANDAR SERI BEGAWAN - Negara anggota ASEAN pada Selasa memulakan sidang kemuncak ke-38 dan ke-39 secara maya, dengan Brunei selaku pengerusi, antara lain menumpukan kepada agenda memerangi pandemik Covid-19 dan menggalakkan pemulihan ekonomi.

Sidang kemuncak ASEAN, bertemakan "We Care, We Prepare, We Prosper," dijangka membincangkan beberapa isu termasuk mengukuhkan lagi daya tahan Komuniti ASEAN ke arah pemulihan serantau daripada pandemik.

Selain itu sidang kemuncak juga akan menyentuh mengenai meningkatkan kesediaan ASEAN dalam menangani cabaran bersama; merebut peluang baharu untuk mengejar kemakmuran bersama; dan mengekalkan kerjasama ke arah mencapai matlamat jangka panjang serantau, lapor Agensi Berita Xinhua.

Berlangsung dari Selasa hingga Khamis, Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta sidang-sidang kemuncak berkaitan itu bakal disertai pemimpin rakan dialog ASEAN, termasuk China, Jepun, Korea Selatan, India, Amerika Syarikat, Australia dan Rusia.

Ditubuhkan pada 1967, ASEAN dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Brunei adalah pengerusi ASEAN untuk 2021. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!