Jangan pandang negatif

Rohani (kanan) menyerahkan cenderahati kepada Mohd Kamal (tengah).
Rohani (kanan) menyerahkan cenderahati kepada Mohd Kamal (tengah).
A
A
A

KLUANG - Walaupun masih muda, namun pelajar kolej vokasional mampu menjadi pekerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan pihak industri dengan sijil dan diploma yang dimiliki.

Pengarah Kolej Vokasional Kluang, Rohani Busah berkata, pihak industri juga memperakui kemahiran pelajar lepasan kolej vokasional menerusi minat ditunjukkan dengan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada mereka.

"Pada kohort pertama iaitu 2012, Kolej Vokasional Kluang mencapai kebolehpasaran pelajar sebanyak 100 peratus dan pada kohort kedua iaitu 2013 sebanyak 98 peratus dengan dua peratus daripada jumlah pelajar melanjutkan pelajaran di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

"Walaupun pelajar vokasional masih baharu berbanding sekolah kemahiran lain selain usia masih muda, pelajar kita memiliki kemahiran tinggi setanding sekolah kemahiran lain dan ini membuktikan pelajar vokasional juga mampu menjadi pekerja berkemahiran tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kejohanan Padang dan Balapan Kali Ke-41 yang dirasmikan Yang Dipertua Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Vokasional Kluang, Mohd Kamal Ismail di Padang KV Kluang, semalam.

Sementara itu, Mohd Kamal berkata, kebanyakan ibu bapa mempunyai persepsi negatif terhadap pendidikan vokasional dan sering menggalakkan anak melanjutkan pengajian tinggi di universiti di peringkat ijazah berbanding bidang kemahiran.

Menurutnya, usaha mengangkat bidang pendidikan vokasional juga penting kerana membangunkan modal insan yang memiliki kemahiran dilihat sama penting dengan bidang pengajian tinggi sama ada di peringkat diploma atau ijazah.

"Jika dilihat, bidang berkaitan vokasional semakin menjadi pilihan majikan dan penekanan serta program kesedaran ini seharusnya digiatkan.

Artikel Berkaitan:

"Dengan kemahiran, ini boleh membawa seseorang ke arah bidang keusahawanan sekali gus membuka peluang menjana pendapatan lumayan kepada sesiapa yang melakukannya dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!