Bekas Presiden Korea Selatan meninggal dunia
SEOUL - Bekas Presiden Korea Selatan Roh Tae Woo meninggal dunia pada Selasa pada usia 88 tahun.
Roh yang berkhidmat sebagai presiden dari 1988-1993, baru-baru ini dimasukkan ke hospital selepas kesihatannya merosot, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pembantunya.
Mendiang seorang bekas jeneral menjadi Presiden menggantikan Chun Doo Hwan selepas membantu beliau merampas kuasa pada 1979 susulan kematian Park Chung Hee.
Pada 1996, Roh dan Chun telah disabitkan dengan kesalahan rasuah dan melakukan pemberontakan kerana peranan mereka dalam rampasan kuasa tentera 1979 serta kekerasan yang dilakukan terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi di Gwangju pada 1980.
Roh dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan didenda kira-kira 260 bilion won (AS$223 juta). Pada 1997, ketika pemerintahan Presiden Kim Young Sam beliau telah menerima pengampunan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!