Polis tahan 53 penagih dalam lapan serbuan

Seorang pengedar dadah serta 52 penagih termasuk 10 wanita ditahan dalam serbuan di lapan lokasi di bawah Ops Sarang Khas di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), pada Isnin.
Seorang pengedar dadah serta 52 penagih termasuk 10 wanita ditahan dalam serbuan di lapan lokasi di bawah Ops Sarang Khas di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), pada Isnin.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang pengedar dadah, serta 52 penagih termasuk 10 wanita dalam serbuan di lapan lokasi di bawah Ops Sarang Khas di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan dalam operasi lapan jam bermula jam 10 pagi di lokasi yang menjadi tumpuan atau ‘port’ penagih.

Beliau berkata, ujian mendapati semua yang ditahan adalah positif dadah, malah semasa ditahan ada antara mereka yang berada dalam keadaan khayal.

"Selain itu, kami turut menahan enam lelaki di sebuah rumah di Bukit Indera Muda yang sedang leka membungkus dadah, dan polis merampas 31 paket heroin seberat 44.06 gram (g), serta lima paket methamphetamine (5.70g), dan 3.48 g kanabis. Kesemua dadah itu bernilai RM2,353," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, semua mereka kini direman bagi membantu siasatan menurut pelbagai seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!