Najib buat laporan terhadap bekas Pengurus Kanan Goldman Sachs

Najib ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa lebih satu jam untuk membuat laporan di ibu pejabat SPRM, dekat sini pada Rabu.
Najib ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa lebih satu jam untuk membuat laporan di ibu pejabat SPRM, dekat sini pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat laporan terhadap bekas Pengurus Kanan Goldman Sachs, Tim Leissner di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Langkah itu bagi membolehkan SPRM membawa balik dan menyoal Leissner untuk mendedahkan secara umum nama-nama yang pernah disogok seperti diakuinya di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.

"Saya sudah sehabis daya untuk mendapatkan nama-nama berkenaan," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan dengan ditemani peguamnya, Tania Scivetti di sini pada Rabu.

Beliau berkata, senarai nama itu adalah adalah bukti exculpatory yang boleh membersihkan namanya sebagai terlibat dalam penipuan 1MDB sebagaimana dinyatakan firma guaman Brahman and Associates yang mewakili seorang lagi pengurus kanan Goldman Sachs, Roger Ng.

"Pada pertengahan tahun ini, barisan guaman saya juga pernah meminta mahkamah dan pihak pendakwaan untuk mendedahkan senarai nama tersebut, tetapi usaha kami tidak kesampaian," katanya.

Najib berkata, Leissner pada tahun 2020 telah mengaku bersalah menyogok beberapa individu dari syarikat 1MDB dan kerajaan Malaysia yang nama-namanya tidak didedah secara umum.

"Akibatnya, syarikat Goldman Sachs bersetuju untuk membayar ganti rugi sebanyak AS$3.9 bilion bersamaan dengan RM16.4 bilion kepada kerajaan Malaysia tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, pada awal tahun ini, peguamnya berjaya memenangi kes di Amerika Syarikat untuk mendapat senarai nama dalam pengakuan Tim Leissner yang telah disogok.

Namun, katanya, kerajaan Amerika Syarikat melalui Jabatan Kehakiman (DOJ) telah membantah keputusan mahkamah Amerika Syarikat dan telah menghalang nama-nama tersebut didedahkan.

Artikel Berkaitan:


"Saya amat pelik kenapa kerajaan Malaysia dan pihak pendakwaan seolah-olah tidak ingin mengetahui dan mengambil tindakan terhadap nama-nama pegawai 1MDB dan kerajaan yang telah disogok Leissner," katanya.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!